Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Sunday, January 15

Bila sudah tertulis, Kau tetap Jodohku.

"Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya. Ketika itu aku sedang menghadam Kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah. Sengaja aku meneruskan bacaan. Pura-pura seperti tidak mendengar apa-apa. "Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm.. Tak apalah." Dia mencebik muka. Ituulah yang aku tunggu. Lantasku tutup Kitab Fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berwarna coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian... tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya. "Haa! Haa..!" Aku pantas bangkit dan melarikan dirii. "Abang!" Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang. Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan anak-anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja aku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan berkali-kali. "Sayang! Abang cubit sekali je tadi," Ujarku cuba membela diri sambil ketawa. "Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zahra sehabis mungkin mengenekanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi. Hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku. Aku benar-benar gembira dan bersyukur ada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima Kasih Allah. Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik ar terlihat di kelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jemariku. Perlahan-lahan ku kucup ubun-ubunya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini. "Abang ni, sampai hati kenakan Zahra taw!" Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu. "Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan." Selorohku sambil ketawa kecil. Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkerlipan indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya ni'mat Tuhan, aku mendapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai Ibadah. Dalam sepi aku terfkir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam Kitab-kitab dan Hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu keni'matan yang membuat pahala. Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian.

"Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di Universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang Pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling Mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiaanya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkah membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh."

Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.

"Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri."

Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan yang sayu. Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiaannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.

"Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin menganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahi terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahwa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah di dalam Al-Quran. Cinta sebelum menikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah Rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melankan dengan kudratNya."

Zahra berhent berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.

"Zahra berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam KalamNya : (Lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki Yang jahat-jahat ; (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. Mereka (yang baik) itu adalahh bersiih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) ; mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang Mulia." (Surah An-Nur : 26)"

Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisahnya.

"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."

Tanpaku sedari, Zahra mencuri pandang ke arahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
"Abang cemburu?" Soalnya lembut dan manja.

"Love is never without jealousy," Jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.

"Bertuah lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.

"Abang nak tahu siapa dia?" Soalnya semula kepadaku. Eh bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian. Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.

"Abang.. You are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah."
Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari meni'mati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad S.A.W :

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya." (Hadith Riwayat Ibn Jabir)

"Sayang.. Wajahmu seindah bidadari syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana meniikahi seorang isteri solehah seperti sayang." Lirihku lembut. 
"Dan abang adalah lelaki yang terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra." lirihnya kembali.

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang solehh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, Bahwa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri), perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)

I <3 Islam