Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Thursday, December 1

Melakar Bahtera Menjadi Cinta

Saat aku melihat awan, ku renung dan renung sehinggakan aku ingin sekali renunganku ini dapat menembusi di sebalik awan itu. Ingin ku lakar, ku melirik dan ingin ku lukis awan itu menjadi Bahtera yang tertulis Ayat Kalimah Cinta. Dengan alunan merdu suara bisikan gitar, dengan ditemani kegembiraan Qalb yang tersenyum dengan penuh bermakna. Tangisan air hujan membanjiri Bumi Ciptaan Tuhan yang penuh dengan Kehijauan Flora dan Fauna. Dengan setiap titisan air hujan yang berbunyi seakan ada yang membantu aku membisikkan gitar tua ku. Keheningan angin sejuk seakan seruling yang mendayu-dayu memanggil Sang Bunian menari bersama. Burung-burung terus berterbangan mencari tempat berteduh. Aku? Kenapa? Mengapa? Hanya Allah Yang Maha Berkuasa Maha Mengetahui segala-galanya. :)


Wednesday, November 9

Luahan Hati - Kiamat Sudah Dekat


Di masa dunia hendak hancur punah
Manusia hanyalah sibuk berkerjaya
Ku telah terjatuh jauh dalam bayangan
Ibadah ditinggal Dunia dikejar

Tersusunlah kata yang penuh dusta
Mana perginya kebenaran yang nyata
Tlah berlaku fitnah di akhir zaman
Amaran diingat dari Rasul pilihan

Andainya ia sedang berlaku
Ku berserah segalanya kepadaMu
Ku bisikkan Taubatku
Ku tangiskan Doaku
Atas segala dosaku

Sedarlah wahai manusia
Dunia sudah semakin tua
Sudah terjadi peperangan dunia
Propaganda yang diingat nyata

Ingatlah semua wahai manusia
Pengakhiran bakal tiba
Janji Allah dalam kitabNya
"Kun Fayakun" Maka Jadilah ia

lirik  : Sheikh Mohammad Baktal


p/s : maaf jika ada kekurangan.

Tuesday, November 8

Seorang Ahli Sufi - Abu Yazid Al Bustami

Abu Yazid Al Bustami seorang Ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam Gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam Gereja ini."

Semua Paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua Paderi menghalang. Sebaliknya, ketua Paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al Bustami pun bangun tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan. 

Ketua Paderi berkata, " Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut Agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, " Baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua Paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid, " saya sudah menjawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua Pendeta menjawab, " Tidak ada lagi,"

Kemudiaan Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya Kunci Syurga dan Neraka Langit."

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua Paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya. " Bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata Paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka. " Bahwa Kunci Syurga dan Kunci Langit itu tidak lain adalah "LAILA HAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH." Tegas ketua Paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, " Memang benar kata ketua kamu ini." Semua Paderi masuk islam.

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua Paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya. "Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahwa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu. "

" Dari mana tuan mengetahui perkara ini? " Tanya salah seorang Paderi.

" Dari ketua sebelum saya, " Jelas ketua Paderi.

" Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar. " Sambung ketua Paderi itu.

" Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu! "

Ketua Paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua Paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir Kejahilan dan menyingkap tabir Kebenaran dan Islam!

1.
Yang Satu tiada Duanya?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang Tunggal Tiada Sekutu bagiNya.

2.
Yang Dua tiada Tiganya?
Malam dan Siang. Apabila pergi malam datanglah Siang dan apabila pergi Siang datanglah Malam.

3.
Yang Tiga tiada Empatnya?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4.
Yang Empat tiada Limanya?
Taurat, Injil, Zabur dan AL-Quran.

5.
Yang Lima tiada Enamnya?
Islam telah memFardhukan solat lima waktu iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6.
Yang Enam tiada Tujuhnya?
Hari-hari Allah telah memCiptakan Langit dan Bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab Suci juga.

7.
Yang Tujuh tiada Lapannya?
Tujuh Petala Langit dan Tujuh Lapis Bumi yang disebut juga di dalam Kitab Suci.

8.
Yang Lapan tiada Sembilannya?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah Lapan Malaikat.

9.
Yang Sembilan tiada Sepuluh?
Bilangan kamu daripada golongan manusia yang menjadi Kerosakan bumi Allah. Sebagaimana yang tersebut di dalam Kita Suci (ertinya) : di dalam Kota itu dahulu terdapat Sembilan Kumpulan yang menjadi Perosak Bumi. Mereka tidak pernah melakukan kebaikan.

10.
Sepuluh yang Sempurna?
Kewajipan Puasa sepuluh hari ke atas orang yang Berihram haji sebagaimana Firman Allah Taala (ertinya) : Maka hendaklah ia (orang yang Berihram Haji) berpuasa tiga hari semasa Haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia Sepuluh yang Sempurna.

11.
Yang Sebelas?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12.
Yang Dua belas?
Bilangan Bulan dalam Setahun.

13.
Yang Tiga belas?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci : Seseungguhnya Aku melihat sebelas bintang, Matahari dan Bulan. Jumlahnya Tiga belas.

14.
Orang yang Berdusta, kemudiaan dapat masuk Syurga?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu Ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan Serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah Kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu Dusta.

15.
Orang yang Benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam Neraka?
Mereka adalah kaum Yahudi dan Nasrani. Sesuai dengan Firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata kaum Yahudi, kaum Nasrani itu Tidak Benar dan berkata kaum Nasrani pula, kaum Yahudi Tidak Benar. Kedua-dua kaum itu berkata Benar pada tuduhan mereka antara satu lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada Kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu Mempercayai Agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai Agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki Neraka.

16.
Tempat Roh dalam Badan Manusia?
Roh berada di dalam Badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana Roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua. Berdasarkan Firmannya (ertinya) : Katakan Roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17.
Al Zariyati Zarwa?
Nama Empat macam Angin.

18.
Al Hamilati Wakra?
Awan Gemawan di dada Langit.

19.
Al Jariyati Yusra?
Perahu-perahu yang Belayar di Laut.

20.
Al Mukassimati Amra?
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan Rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21.
Yang Empat belas?
Tujuh Petala Langit dan Tujuh Lapis Bumi yang sesuai dengan Firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh Petala Langit dan tujuh Lapis Bumi, datanglah kepada Aku secara patuh terhadap perintahuKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua Langit dan Bumi, " Kami akan datang kepadaMu secara Patuh dan Taat. "

22.
Kubur yang Berjalan dengan Penghuninya?
Ikan Besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh Ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. 
Yang Bernafas tetapi tidak mempunyai Roh?
Waktu Subuh seperti Firman Allah (ertinya) : Demi Subuh apabila ia terlepas.

24.
Air yang tidak turun dari Langit dan tidak keluar dari Bumi?
Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu Air Peluh Kuda.

25.
Empat yang Bukan dari golongan Manusia, Malaikat dan Bukan daripada punggung Lelaki dan daripada Perempuan?
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai Korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, Unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26.
Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang Buruk?
Suara Keldai yang tidak sedap didengar. Sesuai dengan Firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling Buruk ialah suara Keldai.

27.
Darah yang mula-mula mengalir ke Bumi?
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28.
Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang Berat?
Helah kaum Wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya Tipu Helah Wanita adalah suatu Tipu Helah Besar atau Berat.

29.
Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi Roh?
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam.

30.
Wanita yang Paling Utama?
Hawa, Ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.

31.
Gunung yang Paling Utama?
Gunung Tursina.

32.
Binatang yang Paling Utama?
Kuda.

33.
Bulan yang Paing Utama?
Bulan Ramadhan.

34.
Malam yang Paling Utama?
Lailatul Qadar.

35.
Tentang Attaa'mah?
Hari Kiamat.

36.
Pohon yang mempunyai 12 Ranting. Setiap Ranting ada 30 Daun. Setiap Daun ada Lima Kembang. Dua Bunga di Matahari dan Tiga Bunga di Tepi Kegelapan?
Pohon itu "Tahun" yang padanya ada 12 Bulan, satu Bulan 30 Hari. Lma itu ialah waktu Solat.

37.
Satu Benda yang pergi Haji dan Tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai Roh dan tidak Wajib Haji?
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38.
Empat jenis Air yang lain Rupanya dan Rasanya, tetapi Sumbernya Satu?
Air Mata, Air Telinga, Air Hidung dan Air Mulut. Air Mata Masin, Air Telinga Pahit, Air Hidung Masin dan Air Mulut Tawar.

39.
Nakir, Fatil dan Kitmir?
Nakir ialah Titik yang terdapat pada Kulit luar Benih. Fatil ialah Titik yang terdapat di dalam Benih dan Kitmir ialah Kulit yang membaluti Benih.

40.
Sabid bin Labad?
Bulu Kambing Biri-biri dan Kambing Kasi.

41.
Sam dan Ram?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42.
Maksud Keldai Makwak?
Keldai Makwak tanda ia melihat Syaitan, lalu ia berkata : Allah melaknatnya.

43.
Maksud Anjing menyalak?
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi Penghuni-penghuni Neraka dari Kemurkaan Allah Yang Maha Berkuasa.

44.
Maksud Jeritan Kuda?
Kuda menjerit bermaksud : Maha Suci Allah yang Memeliharaku ketika berpadu menyerang musuh dengan penuh Semangat.

45.
Maksud Jeritan Unta?
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya) : Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46.
Maksud Nyanyian Burung Bulbul?
Nyanyian Burung Bulbul bermaksud : Maha Suci Allah pada waktu pagi dan waktu petang.

47.
Maksud bunyi Katak?
Bunyi Katak bermaksud : Maha Suci Tuhan yang di Sembah di mana-mana sahaja ada MakhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48.
Maksud kata-kata Burung Nakus?
Maksud kata-katanya : Maha Suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di Barat dan di Timur di dunia itu, adakah Makhluk yang Menongkat Langit?.

49.
Kaum daripada Makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia Bukan dari kumpulan Jin, Manusia dan Malaikat?
Makhluk itu adalah seperti Firman Allah Taala (ertinya) : Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih....

50.
Di mana Malam ketika Siang dan di mana Siang ketika Malam?
Kedua-duanya berada di dalam Ilmu Allah Taala yang amat Sulit.



Sunday, November 6

Mana Satu Pilihan Hati

Ana : "Umi, mana satu Pilihan Hati? Orang yang kita Sayang kita atau yang kita sayang?"

Umi : "Dua-dua bukan. Pilihan Hati kita ialah orang yang Sayangkan kita kerana Allah."

Ana : "Tapi umi. Macam mana nak tahu seseorang itu Sayangkan kita kerana Allah?"

Umi : "Yang paling tahu hanya Allah. Kerana hanya Allah yang mampu membaca Hati HambaNya. Dan Keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah Keberkatannya tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang itu.", Umi tersenyum. Abah menjeling. Hehe.

Ana : "Takfahamlah umi. Hehe."

Umi : "Cinta di dalam Jalan Allah. Bertemu kerana sama-sama mencari Redha Allah. Begini, setiap insan yang bergelar Manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin Dikasihi antara seorang Suami dan Isteri suatu Fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu. Setiap Manusia telah Allah tetapkan Rezeki, Jodoh, dan Maut sejak Azali lagi. Persoalannya ialah.... Siapakah Jodohnya itu?"

Ana : "Hehe. Taktahulah umi. Allah saja yang tahu..", malu pulak rasanya.

Umi : "Sayang dengar ni umi nak pesan. Jatuh Cinta perkara biasa. Apabila kita Jatuh Cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu yang istimewa pada seseorang itu. Apatah lagi orang yang kita Jatuh Cinta tu di atas Jalan Dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab Jatuh Cinta atau saling cinta mencintai. Kerana kita berkahwin dengan Jodoh kita. Jodoh yang Allah dan tetapkan sejak Azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah Jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba je air mata ni mengalir........ 

Umi : "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah Menzalimi hambaNya. Sesungguhnya, yang selalu Menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba tu Degil. Dia mahukan yang bukan Haknya, yang bukan Milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita sudah Diajar untuk saling Mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita Mencintai saudara perempuan, kita Bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang Kafir kata batas-batas ini suatu Diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas Syariat itulah yang Memelihara kehormatan seorang Lelaki dan seorang Perempuan. Cuba Kakak renungkan, kita mengenali seorang Insan yang amat Baik, Sempurna Agamanya dan Rajin. Lalu kita Jatuh Cinta padanya. Ditakdirkan Jodohnya dengan Insan yang lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna Ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari Redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari Redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk Isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap Lelaki Ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi : "Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan Milik kita. Kita tak mampu untuk Mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab itu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak Dia pegang Kukuh-kukuh Hati kita. Bila Dia Pelihara dan masuk dalam Hati kita, itulah Ni'mat lazatnya Bercinta. Masa itu biarpun satu Dunia menyakiti kita, kita tak rasa Sakit sebab kita asyik dengan Ni'mat Bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari Bercinta dengan Manusia. Kerana tentulah pengalaman Bercinta dengan Lelaki Kaya, Rupawan, Sempurna dan Bijaksana tak sama rasanya Bercinta dengan Lelaki Miskin, Hodoh, Cacat dan Dungu. Betapa Ni'matnya Cinta Allah. Hanya yang pernah merasai sahaja yang mampu Mengerti. Umi dah Didik anak umi dari belum lahir untuk Mencintai Allah. Sekarang umi serahkan anak-anak umi yang umi Sayang sangat-sangat ni pada Allah untuk Dia Pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi....

Sebaik-baik Hiasan adalah Wanita Solehah

Sunday, September 18

Luahan Hati - Mengenai Diri Sendiri

 
KU INGIN RASULULLAH S.A.W

Ya Allah..
Kami telah lalai..
Namun setiap dari kami tamakkan keampunan-Mu..
Dan sifat Pemurah-Mu kebebasan neraka-Mu..
Dan bersama-sama penghulu syurga Muhammad..

Ya Allah..
Kami mohon pada-Mu..
Pertemukanlah kami dengan Kekasih-Mu..
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda..
Wahai Tuhan Yang Maha Perkenankan doa hambaNya..

Ya Allahu Ya Rabbi..
Kami cintakan Ya Rasulullah..
Sungguh sempurna akhlak Baginda..
Cahayanya tidak pernah sirna..
CIntanya terhadap ummat manusia..
Tiada yang dapat tandinginya..
Ku cinta Muhammad.. Rasulullah..

Ya Allahu Ya Rabbi..
Sungguh tak terkata diri ini..
Sekiranya Baginda di sisi berlinanglah air mata ini..
Kami ingin bersama Baginda..
Tak ingin kami dengan dunia...
Ku ingin Muhammad.. Rasulullah..
  
 اللَهــــم صَــــلّ علَى ســيّدنا مُحمَّــــــد و علَى آل ســـيّدنا مُحمَّــــــدْ

Ya Allah..
Kami mohon pada-Mu..
Pertemukanlah kami dengan Kekasih-Mu..

p/s ; Niat dihati ingin berkongsi lagu yang di reka ini. Maaf kerana tidak begitu berkualiti.  :)

Saturday, September 17

Fitnah/Adu-adu

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: Allah dah Rasulullah yang lebih mengetahui. Sabda Nabi s.a.w.: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah yang lain dan datang ke sana dengan wajah yang lain."

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: Nabi s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kedua kubur ini telah disiksa, dan disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya, dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah (adu-adu/mengadu-domba). Kemudian Nabi s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dua dan memacakkan di atas kubur masing-masing setiap satu. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu? Jawabnya: Semoga Allah meringankan keduanya selama dahan ini belum kering.

Maksud bukan dosa besar itu dalam pandangan kita, padahal akibatnya besar, sebab bila terburu-buru cebok sesudah kencing lalu masih menetes berarti tidak sah memakai pakaian yang najis, disebabkan tidak memperhatikan cebok itu, besar akibatnya di sisi Allah. Maka wajib atas orang yang adu-adu supaya segera bertaubat, kerana adu-adu itu suatu kehinaan di dunia dan siksa di dalam kubur dan neraka di hari qiyamat, tetapi bila ia bertaubat sebelum mati, maka Insha Allah Allah akan menerimanya.

Alhasan berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi ini dengan satu wajah dan yang ini dengan satu wajah, dan siapa yang mempunyai dua lidah di dunia, maka Allah akan memberinya dua lidah dari api neraka."

p/s : wahai kawan-kawank. Insaflah. Sesungguhnya, siksa Allah lebih perih dari yang kau jangka.


Friday, July 29

Extravaganza Ramadhan

Berbicara tentang Ramadhan, kebiasaannya itulah detik-detik terbaik seorang Muslim dalam setahun. Selama hampir 30 hari ia akan habiskan sebahagian masanya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Rela atau terpaksa.


Musim ia mengingati Tuhannya, Penciptanya, Pemberi Rezeki dan nyawanya. Sedangkan seringkali ia lalai mengingatinya di bulan-bulan yang lain. Hebatnya Ramadhan.

Ramadhan dan puasa memaksa ia melawan nafsu, khususnya nafsu makan. Ajaibnya ia berjaya melakukannya. Dalam keadaan ikhlas atau terpaksa. Perkara yang sama hampir mustahil dilakukan di luar bulan Ramadhan kecuali mereka yang terlantar di ICU atau hilang selera makan. Hebatnya Ramadhan.

Ramadhan dan terawih mengajar ia menggandakan amalan. Bukan berpada dengan yang wajib, bahkan kena juga bagi ruang untuk yang sunat. Amalan ini menjadikan Imannya naik sedarjat dari bulan-bulan biasa. Waktu ini ia tahu jalan ke masjid. Kenal tuan imam. Tahu waktu solat terutamanya Subuh dan Maghrib. Yang mungkin selama hampir setahun ia tak ambil kisah. Bahkan bulan ini ia bergegas mencari jadual solat kerana di dalamnya tercatat waktu berbuka puasa. Adapun di bulan yang lain, jadual solat jarang sekali tergantung di dinding rumahnya. Hebatnya Ramadhan.

Ramadhan dan sungkai (berbuka puasa) mengajar Muslim erti kekeluargaan dan persaudaraan, kecuali yang mengekalkan sifat kedekutnya sanggup berbuka bersendirian. Bulan ini orang cepat balik ke rumah. Berbuka dengan isteri dan anak-anak. Waktu ini ramai ibu bapa yang baru faham gelagat dan sifat anak anak. Sudah agak lama tidak makan bersama. Waktu ini baru sedar akan kewujudan jiran sebelah, maklumlah setiap hari ia menghantar semangkuk juadah berbuka. Malu pula kalau dikembalikan kosong. Dulu, masing-masing sibuk bekerja. Keluar awal pagi dan pulang larut malam. Mencari rezeki. Ramadhan mengubah sekejap rentak hidup mereka. Hebatnya Ramadhan.

Itulah keseronokan bulan Ramadhan menurut pandangan Iman. Selagi masih ada Iman dan takwa (walau kadangkala tertutup oleh hubb al-dunia). Ramadhan pasti mengubahnya. Walau sekejap..
Bagi mereka yang Imannya sudah padam, mereka ini tidak mampu membezakan antara Ramadhan dan bulan biasa. Mereka ini tidak ada yang berubah. Kalau ia sedar pun cuma kerana wujudnya bazar Ramadhan di merata tempat. Menyeronokkannya membeli belah untuk berbuka sebelum tiba masanya. Orang ini sangat malang nasibnya. Sangat kecil akalnya walau memiliki ijazah peringkat tertinggi. Kalau Ramadhan pun tidak mampu mengubahnya, entah di bulan bila lagi ia mampu melakukannya?

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi seperti yang disebut dalam hadis:
عن جابر بن سمرة أتاني جبريل فقال : يا محمد ! من أدرك أحد والديه فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : يا محمد من أدرك شهر رمضان فمات فلم يغفر له فأدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : و من ذكرت عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين
Dari Jabir bin Samurah radhiyallahu'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda: "Aku menjumpai Jibril, kemudian dia berkata: "Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai salah seorang dari kedua orang tuanya kemudian ia meninggal, kemudian ia dimasukkan ke Neraka, semoga Allah melaknatnya." Rasulullah S.A.W bersabda, "Amin." Jibril berkata, "Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai bulan Ramadhan kemudian ia meninggal, dan tidak diampunkan dosanya, maka dimasukkan ia ke Neraka, semoga Allah melaknatnya." Rasulullah S.A.W, "Amin." Jibril berkata, "Wahai Muhammad, barangsiapa yang engkau disebutkan padanya ia tidak berselawat kemudian meninggal dan dimasukkan ke Neraka, semoga Allah melaknatnya." Rasulullah S.A.W, "Amin."
al-Jami'ush Shoghir wa Ziyadatuhu 75 (1/8)
(Hadis riwayat An-Nasaie)



Thursday, July 28

Muslimah Barat vs Muslimah Malaysia

1300 tahun Islam memerintah dunia, umat manusia diasuh dan dididik dengan aqidah Islam, tidak kira yang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini bermakna, hidayah telah sampai kepada orang kafir, dan mereka boleh memilih untuk kekal dengan kekafiran mereka atau memilih Islam.
Atas dasar keimanan inilah Sang Khalifah memerintah dunia. Khalifah memerintah dunia mengikut apa yang telah disyariatkan mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Atas dasar ini, segala sistem ciptaan Ilahi diterapkan dalam kehidupan, termasuk tatacara berpakaian dalam kehidupan sehari-harian.
Namun, sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rajab 1342H, umat Islam kehilangan perisai untuk melindungi mereka. Apa yang ingin difokuskan adalah kehidupan muslimah semakin terancam, sejak penerapan sistem sekular oleh Mustafa Kemal Laknatullah mula menular. Sejak jatuhnya Daulah Khilafah di Turki, sistem sekular disebarluaskan dengan begitu pantas.
Sistem sekular yang diterapkan oleh Mustafa Kemal Laknatullah kononnya menjadi pemacu pemodenan Turki. Walhal, sistem tersebutlah yang menggagalkan dunia hingga ke saat ini. Muslimah dilarang untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Sekiranya mereka memakai tudung, tudung mereka akan dirampas oleh pembelot-pembelot Islam yang digaji oleh pemerintah sekular. Tudung mereka ditarik dengan penuh rasa benci terhadap syariat Islam.
Tidak cukup sekadar itu, tudung dan niqab juga diharamkan oleh negara Barat seperti di Perancis. Perang propaganda seperti video dan kartun yang menyatakan Islam menindas wanita dengan hijab turut membuatkan muslimah di Barat bertambah tertekan. Mereka yang berhijab akan dipandang dengan pandangan yang semacam. Bahkan, ada juga yang dilabel sebagai 'pengganas' disebabkan oleh tudung mereka.
Walaupun masalah ini berlaku saban hari, muslimah di Barat tetap istiqamah dengan pemakaian tudung mereka. Malah, mereka telah mengadakan demonstrasi aman berkaitan perintah pengharaman tudung di Barat. Walaupun mereka dihina dan dipandang serong, pendirian mereka tetap tertancap kukuh.
Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara kita. Tiada perintah pengharaman tudung sekalipun. Muslimah bebas untuk memakai tudung, niqab, mahupun jubah sesuka hati mereka tanpa ada halangan. Namun, peluang ini disia-siakan begitu sahaja.
Ramai wanita-wanita Islam di Malaysia dengan sesuka hati mendedahkan aurat. Tidak cukup dengan mendedahkan rambut mereka, pakaian ketat disarung pula pada badan mereka, bagaikan sarung nangka. Perasaan malu tidak sedikitpun lahir dari jiwa mereka tatkala tubuh mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi kaum lelaki.
Mengapa perkara ini berlaku? Perkara ini berlaku adalah kerana sistem uqubat tidak diterapkan dalam kehidupan kita. Sebaliknya, undang-undang sekular diterapkan dalam kehidupan kita. Pendedah aurat, baik lelaki mahupun perempuan tidak dikenakan hukum takzir oleh pihak penguasa. Justeru, semakin ramailah golongan yang tidak tahu malu terbentuk. Semuanya kerana hukum hakam Islam tidak ditpraktikkan dalam kehidupan.
Justeru, ketiadaan Daulah Khilafah menjadi punca masalah dalam kehidupan. Kerana hanya Daulah Khilafah lah yang akan menerapkan sistem-sistem Islam dalam kehidupan. Di mana, sistem-sistem Islam tersebut diturunkan melalui wahyu. Lihatlah, bab aurat pun terjejas apabila ketiadaan Daulah Khilafah.
Memang benar, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)." [HR Muslim]

Saturday, July 23

Kasih Seorang Murabbi

Rintikan renyai-renyai hujan di luar sudah pun kering, langit sudah pun puas menangis, pepohon hijau riang menari sambil dipuput bayu yang berhembus lembut. Pelangi  pula tidak mahu ketinggalan menceriakan suasana. Sungguh indah fatamorgana Tuhan.
Petang itu jua, satu perbualan penting bakal berlaku di antara seorang guru lama yang sudah dimamah usia bersama anak muridnya yang kini sudah bergelar seorang pakar bedah terkemuka. Mereka sudah lama terpisah namun takdir dan masa menemukan mereka kembali.
Namun suasana sudah tidak seindah dulu, kini gurunya sudah tidak bermaya di atas katil usangnya. Membilang bilah-bilah hari tamatnya usia. Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama anak muridnya yang dicintai sebelum nyawa terbang bersama memori-memori yang sudah terlakar indah.
"Wahai anak muridku, lama kita tidak berjumpa, ku harap pertemuan ini bakal menjadi satu lagi detik-detik indah kita bersama. Mungkin, ini merupakan pertemuan  terakhir kita kerana aku tidak tahu bila nyawa akan berpisah dari sekujur jasadku ini, doktor sudah mengesahkan bahawa penyakitku ini tiada penawar, cuma saat kematian sahaja boleh ditangguhkan masanya melalui ubat-ubatan yang diberikan. Sebelum melelapkan mata, aku ingin berkongsi rasa dan pengalaman bersama anak muridku yang kucintai agar menjadi pedoman kepadamu.."
"Baiklah 'sifu'... saya sedia mendengarnya... bukankah dahulu juga saya merupakan pendengar yang setia?"
"Baiklah, kehidupan ini umpama sebuah perlawanan di antara dua musuh yang saling bermusuhan. Seorang berjuang kerana kecintaanya kepada agama, keluarga serta kekasihnya namun seorang lagi berjuang kerana inginkan kemegahan di mata masyarakat, kamu rasa siapakah akan menjadi pemenangnya?" tanya guru itu kepada anak muridnya.
"Entahlah, saya rasa  kedua-duanya mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan pada hemat saya kedua-duanya ada peluang untuk meraih  kemenangan."
Guru tua itu tersenyum  bersama seribu kedutan di raut wajahnya yang semakin lesu.
"Kasih sayang  akan menang, kasih sayang sentiasa akan menang. Yusri, mungkin kamu pelik tentang keprihatinan saya pada  orang yang saya tidak kenal, tetapi saya banyak belajar bahawa perkara paling penting dalam hidup adalah belajar bagaimana hendak memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang."
Dengan nada separuh berbisik, "Dengar sini anak muridku, biarkan kasih sayang datang. Kita sangka kita tidak layak menerima kasih sayang, kita juga sangka bahawa jika kita menerima kasih sayang kita dianggap lembut. Tetapi seorang ahli pemikir hebat pernah berkata, kasih sayang adalah satu-satunya perbuatan yang wajar."
"Ingat itu wahai anak muridku. Biarlah setinggi mana pangkat kita, jangan sesekali  abaikan kasih sayang, jangan kerana 'material' dan wang ringgit kasih sayang kita gadaikan, sehingga jiwa kita menjadi terlalu rakus  dalam mengecap segala kemewahan dan kekayaan. Ini boleh menyebabkan jiwa kita gersang dan kosong apabila yang dihajati tidak dikecapi dan dimiliki. Seorang tokoh terkemuka pernah berpesan, saling sayang-menyayangilah kamu sesama manusia atau hidup ini tidak bermakna lagi."
Cintailah Allah maka hidupmu sentiasa berada dalam Maghfirah,
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu  ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat  maka hidupmu akan beroleh berkat berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.
Anak muridnya itu cuba bertanya kepada gurunya bahawa adakah dia sedih akan nasibnya itu?
Dengan tenang gurunya menjawab, "Kadang-kadang, terutama pada sebelah pagi. Itulah masanya aku meratapi nasib diriku sendiri. Aku akan bersedih apabila menemui anggota badanku yang sudah tidak berfungsi lagi. Aku meratapi kerana proses kematian yang lambat dan menyeksakan. Tetapi aku sedar bahawa semua orang akan mati, cuma kekadang kita terlupa bahawa kita akan mati. Dunia sudah pandai menggunakan helahnya untuk memperdayakan manusia yang menyangkakan mereka seolah-olah akan tinggal di dunia ini buat selama-lamanya. Namun, selepas itu aku akan berhenti bersedih."
"Begitu sahaja?"
"Ya, aku akan menangis sepuas-puasnya apabila perlu. Tetapi aku akan tumpukan kembali kepada nilai-nilai murni yang masih ada dalam kehidupanku ini. Kepada orang-orang yang menziarahi diriku, kepada cerita-cerita yang aku lihat dan dengar. Aku tidak akan membiarkan diriku ini bermuram lebih daripada itu. Fikir sejenak pada sebelah pagi dan sedikit air mata, itu sahaja."
"Guru, pentingkah di ambang pintu maut ini, guru masih mahu mendengar keluhan dan rintihan orang lain?" tanya anak muridnya.
"Sudah tentu! Dengan memberi kepada orang lainlah membuatkan aku merasa hidup. Bukan kereta ataupun rumah aku yang memberi aku kebahagiaan hakiki. Tetapi apabila aku membuatkan orang lain tersenyum setelah mereka bersedih, itulah yang menjadikan aku sihat. Hidup kita ini untuk memberi, buatlah kebaikan yang datang daripada sekeping hati yang murni, nescaya kamu tidak akan merasa tidak puas hati. Kamu tidak akan merasa iri hati. Sebaliknya kamu akan terpegun dengan apa yang akan datang kepada kamu dengan sendiri."
Sebelum pulang anak muridnya itu sempat memeluk dan mencium pipi gurunya itu dengan penuh keinsafan dan limpahan kasih sayang. Biarpun sudah lama tidak bersua, namun ikatan antara mereka berdua sentiasa mekar kerana ia dibajai dengan kasih sayang dan dilingkari dengan keikhlasan.
Petang itu, semuanya bergerak perlahan, seolah-olah dunia terhenti seketika, beburung sayu mengalunkan melodi syahdu, sang pawana pula asyik membelai-belai lembut pepohon rendang dan bumi seolah-olah terpaku dengan kata-kata seorang murabbi kepada anak muridnya.
Semuanya menjadi saksi detik terakhir, kalam terakhir, nasihat terakhir, daripada seorang guru kepada anak muridnya yang dicintai. Oleh itu hargailah pengorbanan seorang guru yang persis hayatnya seperti sebatang lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain.
'Pengaruh Seorang Guru Adalah Abadi, Dia Tidak Akan Tahu Bila Pengaruhnya Akan Berakhir'

alt
Artikel iluvislam.com

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam AL-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan diri kita ialah Mati. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali-Imran :185)"

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Negeri China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah Masa Lalu. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah Hawa Nafsu (Surah Al-A'raf :179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"

Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah Memegang Amanah (Surah Al-Azab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupipermintaan Allah SWT sehingga banyak manusia ke neraka kerana gagal Memegang Amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1 = "kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"

Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan di dunia kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia?"

Murid-murid dengan serentak menjawab = "Pedang"

Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia adalah Lidah Manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Wallahualam..
Artikel iluvislam.com

Nasihat Adam a.s.

Nabi Adam a.s berwasiat kepada anaknya, Syits dengan lima hal dan ia menyerukan agar Syits a.s berwasiat dengan lima hal itu kepada anak-anaknya dan sepeninggalannya. Kelima hal itu adalah ;

1. Janganlah Anda merasa tenang dan aman hidup di dunia. Kerana aku yang merasa tenang hidup di Syurga yang bersifat abadi, ternyata aku dikeluarkan oleh Allah daripadanya.

2. Janganlah Anda bertindak menurut kemahuan hawa istri-istri Anda, kerana aku bertindak menurut kesenangan istriku, sehingga aku memakan pohon terlarang, lalu aku menjadi menyesal.

3. Setiap perbuatan yang akan Anda lakukan renungkan terlebih dahulu akibat yang akan ditimbulkannya. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini.

4. Ketika hati Anda merasakan kegamangan atau sesuatu, maka tinggalkanlah ia. Kerana ketika aku hendak memakan syajarah hatiku merasa gamang, tetapi aku tidak menghiraukannya sehingga aku benar-benar menemui penyesalan.

5. Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara. Kerana seandainya aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah ini.


Lima wasiat di atas terdapat dalam kitab Mukasyafatul Qulub karya Imam Ghazali. Wallahu a'lam bish-shawab

Thursday, July 21

Cerita Tentang Kesabaran

Cerita ini diambil dari sebuah hadith yang shoheh. Cerita ini mengisahkan tentang kesabaran seorang perempuan yang hidup di zaman Nabi bernama Ummu Sulaim. Konon di zaman itu, hidup suami istri dalam keluarga yang bahagia. Sang suami bernama Abu Thalhah, sementara Sang istri bernama Ummu Sulaim. Keluarga ini baru saja dikaruniai satu orang anak yang bernama Abu Umair. Ibu dan Bapa mana yang tidak sayang dan cinta pada anak satu-satunya. Abu Thalhah bekerja sebagai pedagang yang selalu pulang larut malam. Semasa ia bekerja, ia selalu mengenangkan anaknya. Kalau dilihat ada makanan atau mainan, pasti ia membeli untuk anaknya yang tercinta itu. Suatu hari ketika sedang Sang suami masih bekerja, Abu Umair terkena sakit panas dan didampingi oleh Sang ibu. Sakit panas yang dialaminya mengakibatkan petang itu Abu Umair meninggal dunia. Ibu mana yang tidak terkejut melihat anaknya yang masih kecil dan sedang asyik bermain tiba-tiba meninggal dunia di hadapanya. Pasti secara naluri ia tidak sedarkan diri dan menangis histeria. Namun, saat Ummu Sulaim menyaksikan anaknya meninggal, ucapan yang keluar dari mulutnya ialah, "Inna Lillahi Wainna Ilaihi Roojiun". Bergegas Ummu Sulaim memandikan, mengkafankan, menutupkan pakaian serta merebahkan jenazah anaknya di bilik tidur. Lantas ia mengatakan pada jiran terdekatnya, "jangan ada yang memberitahu kejadian ini ke suamiku, kecuali aku sendiri yang akan menyampaikannya". menjelang kepulangan Sang suami di waktu Isya', Ummu Sulaim memasak makanan yang enak dan spesial untuk suaminya. Dia pun mandi, berdandan dan memakai wangi-wangian seperti tidak terjadi apa-apa di rumah. Saat Sang suami datang mengetuk pintu rumah dengan ucapan Assalamu'alaykum, Sang istri menyahut dan membukakan pintu rumah. Setelah pintu terbuka, suami bertanya, "Dimana anak kita?". Dengar tegar dan penuh kesabaran Ummu Sulaim pun menjawap, "Abu Umair sudah tidur, biarkan ia tidur dengan tenang dan besok kita akan ketemu dengannya". Lalu makanlah mereka berdua dilanjutkan dengan sholat Isya' dan tidur bersama sebagai suami istri. Keesokan harinya, Ummu Sulaim bertanya kepada Sang suami, "Wahai suamiku, seandainya kita meminjam alat dapur jiran kita, bagaimana kalau alat itu sekarang diminta pemiliknya?", Sang suami menjawab, "Sampaikan salam kepadanya dan ucapkan terima kasih atas kebaikannya". Lalu Sang istri meneruskan pertanyaannya, "Wahai suamiku, bagaimana kalau seandainya pinjaman itu dari Allah dan kelmarin petang sudah diminta olehNya?, Anak kesayangan kita Abu Umair kelmarin petang telah meninggal diambil oleh Allah SWT. Aku sudah memandikan dan mengkafankannya. Sekarang ia berada di dalam kamar itu". Mendengar ucapan istrinya itu, Abu Thalhah marah dan berangkat bertemu Rasulullah dan menceritakan kejadian yang baru dialaminya itu. Lalu bagaimana tindakan Nabi? Ternyata Nabi mendoakan dia dan istrinya, "Semoga Allah memberkahi malam kamu berdua seperti layaknya pengantin baru". Berkat doa Nabi itu, beberapa waktu kemudian, suami istri ini melahirkan anak berjumlah 9 orang. Adik-adik dari Abu Umai dan semuanya menghafal Al-Quran.

Begitulah cerita tauladan tentang kesabaran atas musibah yang diterima dengan keikhlasan kerana Allah SWT, dan Allah SWT yang akan memberi pahalaNya. Bagaimana pula dengan kita? :)

Tuesday, July 19

Mimpi Ngeri

Saya dan kawan-kawan pergi bercuti ke Genting Highland.  Kami berempat pergi menaiki sebuah van yang usang kepunyaan temanku ini. Sewaktu dalam perjalanan, yang peliknya sekali kami tidak bertegur, tidak tahu kenapa. Tiba di kawasan pergunungan Genting, berbukit-bukit kami naik, sampai di satu selekoh yang amat tinggi, van yang kami naiki tidak kuat menampung beban. Kawanku menukar gear dengan gear satu. Tiba-tiba van kami berpusing dan terus terbabas ke dalam gaung. Saya dan kawan-kawan terpelanting keluar dari van. Dalam keadaan terpelanting, saya lihat kawan saya hilang separuh badannya, hilang kepalanya akibat jatuh dari atas ke bawah seperti jatuh dari bangunan. Dan...... Tersedarlah saya dari mimpi tersebut dengan keadaan cemas dan berpeluh seluruh badan. Ya Allah ngerinya mimpi ini Ya Allah.. :'( Kalau saya tak sedar dari mimpi tersebut, taktahulah apa jadi dengan saya.



أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ



Tilawah Antarabangsa

Alhamdulillah berkesempatan lagi saya nak mengepost. Hehe. Dah nak masuk empat hari Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa berlansung. Sungguh hebat peserta Qari dan Qariah yang mempertandingkan bacaan masing-masing. Jangan lupa tengok ye kawan-kawan. Sambil-sambil tengok ambil la Al-Quran dan Tafsir Al-Quran. Insha Allah. Semoga dilimpahkan KaruniaNya. Ameen..

Monday, July 18

Ramadhan Akan Tiba

Taklama lagi Ramadhan datang untuk menetap selama sebulan. Apakah kita sudah siap dengan kedatangan Ramadhan? Insha Allah. Sama-sama kita bersedia menghadapi kedatangan Ramadhan. Ameen!

Ramadhan Al-Mubarak

Saya pernah dengar ceramah mengenai orang yang berpuasa ni. Kata ustaz tu, ada 3 jenis puasa. Iaitu ;

1. Puasa AL-UMUM
2. Puasa Al-KHUSUS
3. Puasa KHUSUS Al-KHUSUS

Puasa AL-UMUM ni ialah puasa orang menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah dan hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Puasa Al-KHUSUS ni pula orang menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dibagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Puasa KHUSUS AL-KHUSUS ialah orang yang menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara keseluruhan. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

Jarang kita nak nampak yang nombor tiga. Selalu nombor satu dan dua. Hehee. Dimanakah kita agaknya? Renung-renungkan dan dan bersabarlah dalam melakukan segala amalan... :)

Selamat Berpuasa :)

Perlu ke?

JANGANLAH SEKALI-SEKALI KITA BERKATA

“Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.”

Orang begini telah buat dua kejahatan:

1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah


Kenapa mesti nak berkata sedemikian? Solat dan menutup aurat tu memang wajib! Mengapa hendak mempertikaikan? Allahu Akhbar.. Si jahil (tidak berilmu) berbuat dosa dalam keadaan dia tidak tahu sesuatu perkara itu dosa, sedangkan si alim (berilmu) membuat dosa dalam keadaan dia tahu sesuatu perkara itu dosa. Renungkan dan janganlah sedikitpun kita riak, ujub dan sombong bila berilmu. Doakan saja yang sudah memakai niqab dan hijab. Moga mereka akan terus istiqamah dan ia bukan sekadar hiasan mahupun lakonan.. InsyaAllah.. Jangan lupa 'hijab dan niqabkan' hati mereka juga. Dan kepada yang memakai niqab dan hijab, bersabarlah. Ini dugaan dariNya. Sentiasalah bersabar ye. :)

Mana satu yang dipilih? Renungkan~

Sunday, July 17

Subhanallah. Masha Allah.

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab ;
"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku melihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cari dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking. Dan aku melihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku melihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku melihat permpuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beri-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka." Kata Nabi s.a.w.

Kemudian Fatimah Az-Zahra menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab ;
"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada laki-laki yang bukan muhrimnya, juga bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar hal itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Masha Allah. Sungguh dahsyat siksaan kepada kaum wanita yang ingkar dan tidak taat pada suaminya. Bersabarlah wahai kaum isteri dengan dugaan yang diberi. Takutlah pada siksaan Allah. Ketahuilah, besarnya balasan dan pahala atas kesabaran tersebut.

Mengapa dan Kenapa?

Selalu sangat kita tengok, orang bergaduh pasal cinta, putusnya ikatan cinta mereka mesti mereka akan salahkan cinta. Mengapa? Mengapa perlu menyalahkan cinta? Hendak salahkan waktu? Kenapa? Apa yang salahnya pada sang waktu tu? Ini semua adalah sebuah proses kehidupan yang harus kita jalankan bersama. Ada juga yang salahkan pertemuan. Kenapa? Mengapa dan kenapa? Ketahuilah. Tiadanya semua itu, kita tidak akan dapat merasakan indahnya sebuah cinta yang sebenarnya. Dan bila kita pernah mengalami sakitnya kehilangan sebuah cinta. Dan jikalau hadirnya kembali cinta itu tanpa diduga, berusahalah untuk menjaga cinta dengan kekuatan yang kita miliki. Agar cinta ini tidak pernah hilang untuk kedua kalinya. Simpanlah apa yang ia pernah ia beri dan katakan, dan jangan pernah sebutkan lagi. Sebab makin disebut, maka sakitnya cinta itu semakin terasa dalamnya. Seperti melayang tak berpegangan, seperti orang yang kalah dalam pertandingan. Ingatlah. Bukan hanya kita sahaja mengalami nasib sebegini. Masih ramai lagi yang menderita didera oleh cinta. Batinnya merasa tersiksa. Hatinya hancur dalam sebuah kepingan kaca yang berselerakan. Tertipu oleh indahnya fatamorgana yang menjanjikan sebuah angin kebahagiaan. Bangunlah! Jadilah seorang yang tegar! Yang mampu menentang datangnya Sang Ombak. Jangan pernah terjebak dengan balutan kenangan yang membinasakan. Tak selamanya air matamu itu selalu menitis setiap teringat dengan kata-kata manisnya. tak selamanya batinmu remuk setiap kali mengingati lembaran-lembaran asmaramu yang telah jauh usang. Bangunlah! Kita seorang PEJUANG SEJATI! Bukan seorang yang pengecut! Ingatlah... Jangan pernah salahkan cinta. kerana cinta tidak pernah bersalah. Cinta adalah anugerah yang indah dariNya yang harus kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Yang Lalu, Biarlah Berlalu

Mengingati masa lalu, lalu menyingkap kembali perwatakan, percakapan, dan perlakuan kita dan menghadirkan ia ke dalam kehidupan sekarang. Kemudiaan, bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalam diri merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu adalah satu tanda yang mungkin akan mematikan pengaliran otak-otak untuk berfungsi dengan baik. Sama ertinya dengan membunuh semangat dan membunuh harapan diri. Bagi orang yang berfikir secara matang, baginya peristiwa yang lalu itu akan dilipat dan dimasukkan ke dalam peti besi lalu dimangganya dengan sangat kuat supaya ia tidak dapat melihat kembali peristiwa silamnya itu. Tidak akan ada lagi kedukaan, kesedihan dan kegagalan. Semua itu tidak akan dapat hidup balik kerana ia memang sudah tiada. Ingatlah, walau apa yang terjadi, walau apa yang berlaku, hadapilah dengan sebaik-baik mungkin. Seseungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung. Dan teruskan langkah waktu mu demi mengharungi detik-detik waktu dalam membuka tirai kisah baru. :)

Saturday, July 16

Salam Nisfu Sya'ban

Bulan Sya'ban merupakan bulan untuk beramal ibadah seperti Puasa, Solat-solat sunat, Berzikir dan Berdoa. Terdapat banyak Hadith Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat dan kelebihan Sya'ban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan berbagai amal ibadah.

Sayidina Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih melainkan dalam bulan Sya'ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.
(HR. Bukhari dan Muslim)


Sayidina Aisyah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'aala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb"
(HR. At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan Solat, Beribadat dan Berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman, "Sesiapa yang meminta ampun maka Aku akan mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya"

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hambaNya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang Islam).

FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA NISFU SYA'BAN.

Sayidina Aisyah r.a meriwayatkan: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka; dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa; dan saya tidak melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam Bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam satu bulan melebihi baginda berpuasa di dalam bulan Sya'ban."
(HR. Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)


PUASA HARI ISNIN

Sebuah lagi hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a, bermaksud sesiapa ang berpuasa pada hari isnin yang terakhir dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya.

PUASA HARI KHAMIS

Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya'ban dan Khamis terakhir bulan Sya'ban, akan dimasukkan ke dalam Syurga.

PUASA SEHARI

Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya'ban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.

PUASA TIGA HARI

Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat ke atas Nabi s.a.w sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

PUASA SEBULAN SYA'BAN

Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya'ban maka akan dimudahkan Allah semasa Sakaratul-Maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Qiyamat dan diwajibkan baginya Syurga.


Subhanallah. Terlalu besar ni'mat dan kelebihan berpuasa di Bulan Sya'ban. Maha Suci Allah.

Friday, July 15

Bagaimana?

PADA HARI QIYAMAT ALLAH AKAN MENOLAK ALASAN EMPAT ORANG DENGAN EMPAT ORANG :

1. TERHADAP ORANG-ORANG KAYA DENGAN NABI SULAIMAN A.S.

Jika si kaya berkata : Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat ibadat.
Maka dijawab : Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadat.


2. TERHADAP ORANG-ORANG HAMBA SAHAYA DENGAN NABI YUSOF A.S.

Jika hamba sahaya berkata : Kerana saa sebagai hamba sahaya maka tidak bebas untuk beribadat kepadaMu.
Maka dijawab : Yusof a.s. menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.


3. TERHADAP ORANG-ORANG MISKIN DENGAN NABI ISA A.S.

Jika si miskin berkata : Kemiskinan itulah yang menghalangi aku untuk beribadat kepadaMu.
Maka dijawab : Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s. tetapi Isa a.s. tidak terhalang untuk melakukan ibadat.


4. TERHADAP ORANG-ORANG YANG SAKIT DENGAN NABI AYYUB A.S.

Jika si sakit berkata : Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat.
Maka dijawabb : Penyakitmu tidak lebih berat dari Ayyub a.s. tetapi ia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu.


Abud-Dardaa' r.a berkata : Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, dan tidak suka mati dan saya suka, dan tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit karena menjadi penebus dosa-dosaku, dan aku suka miskin sebab menyebabkan tawadhu' kepada Tuhanku, dan suka mati karena rindu kepada Tuhanku.

Ibn Mas'ud r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Tsalaatsun man ruziqa khairayiddunia wal akhirah: Arridha bilqadha', wasshabru alal balaa'i, waddu'aa'u indar rakhaa'i. (Tiga macam siapa yang mendapatkannya maka ia telah mencapai kebaikan dunia akhirat: Ridha pada qadha' dan taqdir, sabar atas bala' ujian, dan berdo'a di waktu senang).


Bayangkan kawan-kawanku sekalian. Sehingga tidak ada alasan untuk orang yang beralasan di sisi Allah pada hari qiyamat.

Thursday, July 14

Kewajipan bertudung ; Perlukah dipersoalkan?

“Ala..motor rosak la …lagipun biasanya Ustaz masuk lambat…,”kata seorang pelajar.
“Ish..masuk ni dah kira tiap-tiap hari enta sampai lambat..alasan pulak sama! Ustaz masuk lambat sebab bagi peluang kat pelajar-pelajar bersiap sedia sebelum dia masuk mengajar..,"balas saya sebagai dhobit (pengawas) bertugas pada hari tersebut.
 “Bagi ana tak salah pun datang lambat..ana pelajar di sini, bayar yuran, ikut suka hati ana la untuk datang bila-bila masa.,” balas pelajar itu dengan nada agak kasar. Saya tersenyum, sambil memikirkan satu jawapan yang bernas.
“Macam ni la, ana bagi enta pelepasan kali ini, tapi ana nasihatkan enta pergi Idarah (pejabat sekolah) dan isi borang berhenti sekolah”.
Terkejut pelajar itu, lantas menjawab.“Kenapa pula enta suruh ana berhenti sekolah?”
 Saya menjawab sambil tersenyum.“Ana nasihatkan enta berhenti sekolah, dan cari satu sekolah yang membenarkan pelajar-pelajar datang lewat ke sekolah, nanti takde la sesiapa nak sekat atau denda enta nanti, macam kebiasaan ana buat ni..”
Muka pelajar itu merah seketika, kerana ter”kena” dengan kata-kata saya itu. Saya mencatat namanya untuk dibawa kepada Guru Disiplin, dia pun tidak lagi membantah seperti sebelum ini, mungkin kerana terkesan dengan kata-kata saya sebentar tadi.
 Apa kaitan kisah ini dan hukum bertudung?
Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini. Antara hukum yang ditetapkan ialah kewajipan bertudung bagi golongan wanita yang mesti dipatuhi sepenuhnya tanpa ada sebarang bantahan.
 Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.

Kepentingan menjaga aurat bukan sahaja mempunyai kebaikan untuk golongan wanita, bahkan keselamatan mereka lebih terjamin, tambahan mata-mata lelaki lebih terjaga dan secara langsung hati lelaki lebih terpelihara. Seterusnya, kesejahteraan dunia dan alam ini terjamin.

 Dalam satu ayat lain, Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:
    يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Di dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa hikmah penutupan aurat dengan selengkapnya adalah untuk dikenali sebagai wanita muslimah dan paling penting, untuk mengelakkan dari diganggu oleh kaum lelaki yang berniat jahat, sebagaimana dinyatakan sebab turun ayat ini dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir.
Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
 Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?” Astghfirullahal ‘Azim.. Itu sahaja yang mampu diucapkan sambil jari-jemari mula menekan mencari ayat-ayat hukum berkenaan tudung untuk menjawab persoalan yang dianggap remeh, tetapi cukup untuk memeningkan kepala agar terjumpa jawapannya. Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
 “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Malah jika diperhatikan dari sudut bahasa lagi, dalam ayat itu (Walyadribna) Allah menggunakan Tawkid (penguat ayat/arahan) iaitu huruf BI, dinamakan BAA\' AZZA\'IDAH yang biasanya AZZA\'IDAH (Tambahan) dalam bahasa Arab adalah menunjukkan betapa seriusnya arahan tersebut bagi meyakinkan pendengar-pendengar, di samping menunjukkan melabuhkan lebih dari paras yang ditetapkan adalah lebih baik! Tambahan pula, ada disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Kitab Ad-Durr Al-Manthur (Oleh Imam As-Sayuthi), diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim, daripada Sa'id b. Jabir: Ayat (Walyadribna) bermaksud "Melebihkan (labuhan)".
Justeru, hukum bertudung adalah lengkap sebagaimana Allah terangkan dalam ayat tersebut, malah dikuatkan lagi dengan dalil Hadis Nabi SAW ketika mana Asma’ bt Abu Bakr As-Siddiq keluar dengan memakai pakaian nipis dan jarang, lantas Nabi SAW menegur dengan bersabda: “Sesungguh seorang wanita apabila baligh, tidak boleh menampakkan daripadanya (badannya) kecuali ini.” Nabi SAW sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya (Asma’).
Kewajipan bertudung sudah nyata diterangkan didalam Al-Qur'an namun,masih ada lagi yang membantah.
Jika begitu, carilah satu tempat yang tiada lagi batasan dan sekatan, boleh pakai apa sahaja yang dikehendaki dan disukai... Namun persoalannya, adakah wujud tempat sebegitu?
 Allah berfirman, dalam Surah An-Nisa Ayat 78:
   أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُواْ هَـٰذِهِ مِنْ عِندِ اللهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ هَـٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلًّ مِّنْ عِندِ اللهِ فَمَا لِهَـٰؤُلاء الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثاً
 Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh (bintang/planet yang jauh), dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami sedikit pun pernyataan (nasihat dan kebenaran)? Akhir sekali, sebagai kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita itu.
Dalam memastikan “harga” ini sentiasa “mahal” terutamanya dari segi maruah, adalah disyorkan sebelum keluar dari rumah dan terdedah kepada suasana luar yang pelbagai ragam dan mata sedang memandang, pastikan segala-galanya ditutup rapi, yang penting semua yang boleh menimbulkan syahwat mata yang memandang dan menjadi fitnah (tidak selamat bagi mereka), maka tutuplah dan berhati-hatilah, seperti wangi-wangian. Untuk memastikan memenuhi piawaian yang ditetapkan, tanyalah kaum adam dari kalangan adik-beradik atau saudara yang mahram atau suami sendiri, kerana jika bertanya kepada kaum yang sejenis, akan dikatakan “tidak mengapa”.. “OK dah”.. “Cantik dah”..dan macam-macam lagi jawapan yang mana diukur dengan mata mereka semata-mata, sedangkan kaum adam ini lebih peka dalam hal-hal ini.
Sebagai contoh,mungkin bagi kaum hawa sesama mereka dirasakan wangian yang dipakai biasa sahaja dan tidak kuat bauannya, tetapi bagi kaum adam, ia cukup membuatkan jiwa dalam bergelodak! Semoga Allah memelihara kaum hawa pada zaman ini, agar terjaga hati-hati kaum Adam yang begitu lemah, jika godaannya adalah dari kaum hawa yang mana lebih hebat dari godaan Iblis dan konco-konconya.

Dunia Sekarang

Ajib : Kau tak dengar cerita ke pasal kawan kau yang sorang tu?

Mail : Kenapa Jib? Kenapa kenapa? Cecite sikit.

Ajib : Sekarang yeye macam ustaz. Kat FB aku tengok post berkenaan dengan agama je. Menyampah pulak aku tengok

Mail : Hah? Siapa? Yang duduk kat lorong simpang tiga ke?

Ajib : Siapa lagi Mail. Dulu punya lah jahat, sekarang alamak yeye kot nak jadi ustaz. Tengoklah sekarang apa jadi dengan dia. Mana ada kawan. Budak-budak ni semua kan pulaukan dia.

Mail : Yeke? Jib. Biarlah dia nak jadi apa ke. Asalkan dia tak menyusahkan kau. Dia baik Alhamdulillah. Kita doakan dia supaya terus menjadi seorang insan yang baik. Kau ni pulak, mengutuk mengata kawan-kawan sendiri kenapa? Jangan sampai satu masa kau pergi cari dia belajar ilmu agama. Malu sendiri kau nanti.

Ajib : Tak ada maknanya aku nak pergi cari dia. Tak hingin aku. Aku setakat pasal agama ni tak ada hal la. Bila-bila aku boleh bertaubat. Bila-bila aku boleh jadi baik.

Mail : Bongkaknya kau ni. Tak apa. Kita tengok sendiri oke. Jangan kata-kata kau makan diri sendiri sudah.


Inilah manusia zaman sekarang. Bermacam-macam ragam sangkaan berrmain di fikiran yang tidak terbuka luas. Orang yang Beribadah disangka Riya'. Orang yang Baik disangka Buruk. Orang yang Jahat disangka Baik. Masha Allah. Semoga kita tidak tergolong hatta termasuk dalam orang yang diatas yang suka bersangka tidak elok. Dan kepada sesiapa yang pernah mengalami dan pernah merasa ditindas apabila mendapat Hidayah Allah SWT, bersabarlah dan bersabarlah. Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar.

Teguhkan Kesabaran

Apa itu sabar? Sabar adalah sifat mulia (Mahmudah) yang mesti dimilik oleh setiap umat Islam. Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada tuntutan syara' dan akal serta menghindarkan dari apa yang dibenci oleh kedua-duanya. Sabar ialah satu kekuatan yang positif yang mendorong jiwa menunaikan kewajipan. Disamping itu juga, sabar adalah satu tembok ataupun penghalang bagi seseorang yang ingin melakukan kejahatan. S

Apakah kelebihan seseorang jika bersabar? Orang yang berusaha melatih dirinya untuk bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk banyak bersabar tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar. Apabila seseorang itu memiliki sifat penyabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak. Dan ketahuilah Allah mahu memberi manfaat yang besar lagi luas dan berpanjangan didunia dan akhirat. Antara keutamaan sifat seorang penyabar ialah masuknya ke syurga tanpa dihisab, diampunkan dosa-dosa yang lalu dan memilik iman sejati. :)