Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Sunday, September 18

Luahan Hati - Mengenai Diri Sendiri

 
KU INGIN RASULULLAH S.A.W

Ya Allah..
Kami telah lalai..
Namun setiap dari kami tamakkan keampunan-Mu..
Dan sifat Pemurah-Mu kebebasan neraka-Mu..
Dan bersama-sama penghulu syurga Muhammad..

Ya Allah..
Kami mohon pada-Mu..
Pertemukanlah kami dengan Kekasih-Mu..
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda..
Wahai Tuhan Yang Maha Perkenankan doa hambaNya..

Ya Allahu Ya Rabbi..
Kami cintakan Ya Rasulullah..
Sungguh sempurna akhlak Baginda..
Cahayanya tidak pernah sirna..
CIntanya terhadap ummat manusia..
Tiada yang dapat tandinginya..
Ku cinta Muhammad.. Rasulullah..

Ya Allahu Ya Rabbi..
Sungguh tak terkata diri ini..
Sekiranya Baginda di sisi berlinanglah air mata ini..
Kami ingin bersama Baginda..
Tak ingin kami dengan dunia...
Ku ingin Muhammad.. Rasulullah..
  
 اللَهــــم صَــــلّ علَى ســيّدنا مُحمَّــــــد و علَى آل ســـيّدنا مُحمَّــــــدْ

Ya Allah..
Kami mohon pada-Mu..
Pertemukanlah kami dengan Kekasih-Mu..

p/s ; Niat dihati ingin berkongsi lagu yang di reka ini. Maaf kerana tidak begitu berkualiti.  :)

3 comments:

  1. rasulullah selalu 'hidup' dalam hati umatNYA yang mencari DIA... betul bukannn?

    ReplyDelete
  2. :) iye kak..... tapi entahlah kak.. tapi betul kak.. tapi argh..... :(

    ReplyDelete
  3. Salam, sudah lama x jenguk blog ni... Tahniah ! lagu yg dihasilkan memang bagus, sejujurnya... saudara mmg berpotensi utk maju ke depan lg... Teruskan usaha...

    ReplyDelete