Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Saturday, July 23

Nasihat Adam a.s.

Nabi Adam a.s berwasiat kepada anaknya, Syits dengan lima hal dan ia menyerukan agar Syits a.s berwasiat dengan lima hal itu kepada anak-anaknya dan sepeninggalannya. Kelima hal itu adalah ;

1. Janganlah Anda merasa tenang dan aman hidup di dunia. Kerana aku yang merasa tenang hidup di Syurga yang bersifat abadi, ternyata aku dikeluarkan oleh Allah daripadanya.

2. Janganlah Anda bertindak menurut kemahuan hawa istri-istri Anda, kerana aku bertindak menurut kesenangan istriku, sehingga aku memakan pohon terlarang, lalu aku menjadi menyesal.

3. Setiap perbuatan yang akan Anda lakukan renungkan terlebih dahulu akibat yang akan ditimbulkannya. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini.

4. Ketika hati Anda merasakan kegamangan atau sesuatu, maka tinggalkanlah ia. Kerana ketika aku hendak memakan syajarah hatiku merasa gamang, tetapi aku tidak menghiraukannya sehingga aku benar-benar menemui penyesalan.

5. Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara. Kerana seandainya aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah ini.


Lima wasiat di atas terdapat dalam kitab Mukasyafatul Qulub karya Imam Ghazali. Wallahu a'lam bish-shawab

No comments:

Post a Comment