Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Sunday, July 17

Yang Lalu, Biarlah Berlalu

Mengingati masa lalu, lalu menyingkap kembali perwatakan, percakapan, dan perlakuan kita dan menghadirkan ia ke dalam kehidupan sekarang. Kemudiaan, bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalam diri merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu adalah satu tanda yang mungkin akan mematikan pengaliran otak-otak untuk berfungsi dengan baik. Sama ertinya dengan membunuh semangat dan membunuh harapan diri. Bagi orang yang berfikir secara matang, baginya peristiwa yang lalu itu akan dilipat dan dimasukkan ke dalam peti besi lalu dimangganya dengan sangat kuat supaya ia tidak dapat melihat kembali peristiwa silamnya itu. Tidak akan ada lagi kedukaan, kesedihan dan kegagalan. Semua itu tidak akan dapat hidup balik kerana ia memang sudah tiada. Ingatlah, walau apa yang terjadi, walau apa yang berlaku, hadapilah dengan sebaik-baik mungkin. Seseungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung. Dan teruskan langkah waktu mu demi mengharungi detik-detik waktu dalam membuka tirai kisah baru. :)

4 comments:

  1. akak dah byk kali masuk sini. asyiklah kena tendang. laoptp terus off... kenapa ya?

    ReplyDelete
  2. adik tahu tak... bila belajar mendalami ke arah allah... dosa kisah silam akan sama-sama mengiringi kita. itulah nikmat dalam mencari DIA. supaya sedar... dosa silam adalah hantu yg amat berkuasa... dan cinta DIA adalah penawarnya kan?

    ReplyDelete
  3. Hah? Ye ke kak? Entahlah kak. Taktahu. Virus tak???

    ReplyDelete
  4. Ye kak. Betul tu. :) Cinta Dia adalah segala-galanya penawar bagi segala cinta. Apalah sangat dengan cinta manusia yang selalu tak kotakan janji-janjinya melainkan Dia yang selalu mengotakan janjiNya. kan? Tapi kan kak, hehe, kebanyakannya lah sekarang, ramai yang taknak cuba bercinta dengan Dia. :) Akhir Zaman kan? balik-balik je mesti pasal perempuan, kena tinggal. hihihihii... eh sory kak, banyak pulak bebel. :)

    ReplyDelete