Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Saturday, July 16

Salam Nisfu Sya'ban

Bulan Sya'ban merupakan bulan untuk beramal ibadah seperti Puasa, Solat-solat sunat, Berzikir dan Berdoa. Terdapat banyak Hadith Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat dan kelebihan Sya'ban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan berbagai amal ibadah.

Sayidina Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih melainkan dalam bulan Sya'ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.
(HR. Bukhari dan Muslim)


Sayidina Aisyah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'aala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb"
(HR. At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan Solat, Beribadat dan Berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman, "Sesiapa yang meminta ampun maka Aku akan mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya"

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hambaNya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang Islam).

FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA NISFU SYA'BAN.

Sayidina Aisyah r.a meriwayatkan: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka; dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa; dan saya tidak melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam Bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam satu bulan melebihi baginda berpuasa di dalam bulan Sya'ban."
(HR. Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)


PUASA HARI ISNIN

Sebuah lagi hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a, bermaksud sesiapa ang berpuasa pada hari isnin yang terakhir dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya.

PUASA HARI KHAMIS

Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya'ban dan Khamis terakhir bulan Sya'ban, akan dimasukkan ke dalam Syurga.

PUASA SEHARI

Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya'ban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.

PUASA TIGA HARI

Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat ke atas Nabi s.a.w sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

PUASA SEBULAN SYA'BAN

Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya'ban maka akan dimudahkan Allah semasa Sakaratul-Maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Qiyamat dan diwajibkan baginya Syurga.


Subhanallah. Terlalu besar ni'mat dan kelebihan berpuasa di Bulan Sya'ban. Maha Suci Allah.

2 comments:

  1. malam nisfu sya'ban dihabiskan dengan menonton wayang...memang patot pon balek2 tu kena bebel dengan mak...aiyakkk...salam nisfu sya'ban yee awk...

    ReplyDelete
  2. Hm? Hehee. Takpe2, buat jugak baca yassin kan? Alhamdulillah lah tu. oke2. Salam Nisfu Sya'ban juga. :)

    ReplyDelete