Ramai orang menangis apabila dihina, padahal waktu itu kita mungkin akan memperolehi ganjaran pahala yang banyak. Sebaliknya jarang orang menangis bersyukur dan takut apabila dipuji, padahal waktu itu kita mungkin bakal dicampakkan ke dalam neraka kerana wujudnya perasaan bangga diri, riak, takbbur dan ujud terhadap diri sendiri.. Maka dalam segala hal, belajarlah bersabar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Dari Suhaib r.a bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Saturday, July 23

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam AL-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan diri kita ialah Mati. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali-Imran :185)"

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Negeri China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah Masa Lalu. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah Hawa Nafsu (Surah Al-A'raf :179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"

Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah Memegang Amanah (Surah Al-Azab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupipermintaan Allah SWT sehingga banyak manusia ke neraka kerana gagal Memegang Amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1 = "kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"

Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan di dunia kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia?"

Murid-murid dengan serentak menjawab = "Pedang"

Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia adalah Lidah Manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Wallahualam..
Artikel iluvislam.com

1 comment: